Wednesday, December 17, 2008

Pening Kepala...

Semalam aku pening kelapa tahap gaban punye...aku xtau nak buat pe..so pas mkn nasi lauk telor tambah kicap and paling bez sambal sotong alia beli kat pakcik bawah rm2! (fuh! panjang gler tajuk lauk nie..) aku pun mkn pain killer dh teros berselimut...pagi nie aku bgun rase mcm ok ckit..then aku cari artikel nie..mari r bace ramai2...

migraine adalah suatu penyakit yang tidak diketahui puncanya.Mungkin ramai di antara kita yang menghidap penyakit ini dan kadang kala boleh mengganggu study.Sehingga kini,migraine tidak mempunyai ubat.Kebiasaannya,apabila kita ke klinik,doctor akan memberi pain killer sahaja,untuk megurangkan sakit,bukannya menyembuhkan.

Abu Nu’aim menyebut dalam kitab At-Tibbun Nabawi :” Migrain/pening kepala pernah dihidapi oleh Rasulullah 1 atau 2 hari,hingga Baginda tidak keluar rumah.Diriwayatkan dari Ibnu Abbas,bahawa Rasulullah pernah berkhutbah di hadapan para sahabat dengan kepala masih berbalut kain”

Di dalam kitab Ash-Shahih disebutkan bahawa ketika sakit menjelang wafatnya,Baginda berkata :”aduh kepalaku”.Baginda mengikat kepalanya pada waktu sakit.

Membalut bahagian kepala boleh mengatasi migraine dan sakit kepala lainnya.Rawatan terhadap penyakit ini berbeza-beza bergantung kepada jenisnya.Ada kalanya,migraine boleh disembuhkan dengan muntah,makan,rehat atau mengikat kepala.Ada juga pendapat mengatakan bahawa menyejukkan atau mengahangatkan kepala boleh menyembuhkan migraine.Malah ada yang mengatakan kita perlu bercakap dan melakukan aktiviti untuk menghilangkan sakit kepala.

Jika seseorang sakit kepala kerana panas terik mentari,penyembuhannya dengan inai adalah sangat mujarab.Caranya ialah inai itu ditumbuk dengan halus dan dicampur dengan cuka untuk dibalurkan dan dibalut di kepala,sakit kepala akan terus berkurangan.

Inai mengandungi tenaga yang boleh menagatasi pening.Jika dibalur dan diikat di kepala,pasti boleh menghilangkan rasa sakitnya.Bahkan ia tidak hanya berlaku untuk penyakit kepala sahaja,juga boleh untuk membalut bahagian tubuh yang bengkak dan radang,boleh meredakannya.

Hadis riwayat Al-Bukhari dalam Tarikhnya dan oleh Abu Daud dalam As-Sunan bahawa Rasulullah s.a.w setiap kali ada orang yang datang menemui Baginda menceritakan sakit di kepalanya,pasti Baginda s.a.w bersabda :”berbekamlah”.Dan setiap kali orang menceritakan sakit di kakinya kepada Baginda,Baginda berkata : “Gunakan inai untuk membalurnya”

Inai mempunyai sifat sejuk sekali,namun juga kering.Kekuatan pada pokok dan dahan ini meupakan gabungan dari kekuatan yang dicerat dari semacam unsure air yang panas dan stabil,dengan tenaga pengikat yang berpunca dari unsure tanah yang sejuk pula...

hah!! nie ader extra tips...Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari.

2 comments:

aliah kama said...

pelipis tu apeee??

damn.asal nama pelipis kedengaran melaparkan.

mungkin sbb kuih lapis? hmmm.

Fatin said...

hahaha..
hmm..xsilap daku..pelipis tu..antara tulang muke ngn pipi kot..itu yang daku paham..jap2..daku tunjuk dlm blik..